Saturday, July 26, 2008

Wednesday, July 2, 2008

Kun Fa Ya Kun : Perpektif Poligami Dalam Islam




KONSEP DAN PENGERTIAN POLIGAMI:

Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat Had untuk seorang suami menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja.




Firman Allah S.W.T ( Surah an-Nisak : Ayat 3 ) Maksudnya :
….Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat orang.Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja….


Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan.

Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.



HIKMAH POLIGAMI DALAM ISLAM


Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain

Poligami adalah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan sebagainya.
Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambahnya usia.
Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.



Mengekalkan kerukunan rumahtangga akibat permusuhan antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami , keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.



Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal.



SYARAT-SYARAT POLIGAMI DALAM ISLAM


  • Lelaki yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah Allah. Lelaki yang beragama akan menghayati konsep poligami yang sebenar dan mengamalkannya terhadap isteri-isterinya.

  • Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai nafkah zahir atau nafkah batin.

  • Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.

  • Hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh untuk menampung keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya. Sumber kewangan yang tidak cukup akan membawa kesan yang tidak baik kepada sesebuah keluarga. Sabda Rasulullah S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W



( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi )


Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya, dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah.




Akibat poligami yang tidak mengikut syariat Allah:




  1. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.

  2. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.

  3. Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.

  4. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman. Sabda Rasulullah S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :

( Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah )
Maksudnya : Daripada Aisyah r.a telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan baginda berdoa: “ Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan akut tidak menguasainya “.
Berkata Abu Daud : maksudnya ialah ‘hati’.

Duniaku adalah milikku

Tuesday, July 1, 2008

Pemahaman mengenai Kontrak Sosial

Telah banyak diperkatakan tentang Kontrak Sosial di Malaysia. Kontrak sosial atau the social contact adalah daripada dua perkataan iaitu kontrak dan sosial. Menurut kamus dewan kontrak bermaksud perjanjian antara dua pihak. Manakala sosial bererti kehidupan harian yang berkaitan budaya, politik, agama dan sebagainya.
Mungkin ada gunanya jika kita memahami konsep itu sedikit lagi sebelum kita berbahas mengenainya. Jika kita ambil berat untuk melihat ke atas asal usul kontrak sosial kita akan mendapati bahawa ia adalah konsep bangsa Eropah yang diperjelaskan oleh para falsafah Eropah. Yang termasyur adalah Socrates, ahli falsafah berbangsa Greek yang telah dipenjarakan dan disabitkan hukuman bunuh. Beliau enggan melarikan diri dan berhijrah ke bandar-negeri Greek yang lain kerana beliau percaya beliau terikat dengan kontrak sosial untuk hidup berlandaskan undang-undang negerinya iaitu Athens memandangkan beliau dilahirkan dan dibesarkan disitu, mendapat manfaat dari undang-undang yang disebutkan tadi.



Sebelum adanya kontrak sosial ini, manusia dikatakan hidup di dalam Keadaan Semulajadi, dimana tiada undang-undang untuk mentadbir perhubungan antara individu dalam masyarakat kuno yang kecil. Undang-undang ‘Belantara’ menonjol dimana kekuatan adalah kebenaran.



Semakin masyarakat berkembang adalah menjadi kemestian untuk mempunyai undang-undang bagi mengawasi perilaku anggota masyarakat. Setiap warga mempunyai tekad untuk menghormati dan tunduk kepada undang-undang tersebut. Pemahaman ini adalah dengan sendirinya suatu kontrak sosial walaupun tidak terdapat penerimaan secara lisan atau bertulis untuk menghormati dan tunduk kepada undang-undang itu. Ini adalah pandangan Socrates. Para falsafah selepasnya memperluaskan konsep ini tetapi tidak pernah ada keperluan untuk kontrak secara formal.



Bangsa Greek dikatakan mengamalkan bentuk Kerajaan demokratik. Bagaimanapun warganegara yang mempunyai hak untuk menyertai Kerajaan dihadkan kepada lelaki dewasa yang waras. Wanita, kanak-kanak, hamba abdi, tahanan, pesalah dan warga asing tidak diberikan hak sebagai warganegara dan tidak boleh mempunyai peranan dalam kerajaan.



Kebanyakan peradaban Eropah adalah berlandaskan atas ketamadunan Greek. Tetapi selang masyarakat berkembang besar, penyertaan secara langsung didalam Kerajaan oleh rakyat menjadi mustahil.
Pada suatu peringkat, demokrasi ditinggalkan bagi menyebelahi feudalisma di mana raja memerintah atas Hak Teragung. Di Asia, ini telah sentiasa menjadi bentuk Kerajaan. Walaubagaimanapun, ketaatan rakyat kepada Raja adalah juga suatu bentuk kontrak sosial.

Kemudiannya feudalisma digantikan dengan konsep republikanisma iaitu kuasa Kerajaan kembali kepada awam.

Pelbagai bentuk republik telah muncul, setiap satunya dengan undang-undang dan peraturannya sendiri berkenaan kerajaan Negara itu. Walau apa pun bentuknya, undang-undang dan peraturan, setiap warganegara adalah terikat dengannya. Untuk warga asing menerima hak sebagai warganegara, kebiasaannya akan ada suatu perakuan formal untuk menurut sistem dan undang-undang Kerajaan Negara itu tanpa kontrak bertulis.
Selepas menjadi warganegara, keturunan mereka akan secara automatik dianggap sebagai warganegara dan sebagai warganegara mereka tidak perlu bersumpah secara formal akan kesetiaan kepada Negara berkenaan. Hak ini adalah melalui jus sanguinis, iaitu melalui pertalian darah.

Akan tetapi kewarganegaraan juga boleh diperolehi dengan cara dilahirkan didalam Negara itu atau jus soli. Ini boleh disediakan oleh undang-undang Negara itu.

Bagaimanapun samada kewarganegaraan diperolehi melalui jus sanguinis atau jus soli, kontrak sosial masih terpakai walaupun tiada pengakuan sumpah secara formal diambil.

Apa yang jelas, kontrak sosial adalah pemahaman umum atas bahagian warganegara untuk menurut dan tunduk kepada undang-undang dan institusi Negara itu. Kontrak sosial ini bukan sahaja mengurus perhubungannya dengan Negara itu, kerajaannya dan institusinya bahkan juga perhubungannya dengan warganegaranya yang lain.

Dalam hal kontrak sosial di Malaysia ini bolehlah disimpulkan bahawa kontrak sosial Malaysia ialah perjanjian sosial antara orang Melayu dengan orang Cina dan orang India yang menjadi rakyat Malaysia atas sebab tertentu seperti mereka tidak setia lagi dengan negara Cina dan India kerana dua negara itu dulu miskin dan banyak masalah alam semulajadi.

Oleh sebab kaum Cina dan India tidak lagi setia dengan negara mereka maka Inggeris tiada jalan lain menghantar mereka kembali kerana kos penghantaran balik amat tinggi. Inggeris mengambil jalan mudah, dengan memaksa Melayu terima kaum Cina dan India menjadi rakyat Tanah Melayu melalui konsep Jus Soli dengan cara sangat mudah.

Inggeris memang hendak menghantar pendatang Cina dan India balik semula ke negeri masing-masing. Diceritakan ada antara mereka sanggup gantung diri, ada sanggup bakar diri, ada sanggup lari ke hutan kerana tidak mahu balik semula ke Cina dan India bila memikirkan keadaan politik dan sosio-ekonomi yang teruk di negara asal mereka.

Ada juga yang buat tunjuk perasaan pada kerajaan Inggeris. Mereka menjerit enggan balik ke negara asal. Keadaan menjadi sangat tegang. Inggeris segera berbincang dengan wakil sultan Melayu. Supaya masalah pendatang Cina dan India ini yang enggan balik ini dapat diselesaikan.

Ketuanan Melayu di negara ini tidak boleh dinafikan dan antara sebab-sebabnya adalah;

1. Asalnya bumi ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu.

2. Negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini diperintah oleh Raja - Raja Melayu.

3. Kerajaan di Semenajung ini sebelum datangnya penjajah adalah Kerajaan Melayu.


4. Semua penjajah dari Portugis sehingga British mengakui hakikat ini.

5. Dalam perjuangan menetang Malayan Union pihak British, UMNOlah yang bertungkus lumus menyatupadukan orang-orang Melayu, menyelamatkan nasib orang Melayu dan kedudukan Raja - Raja Melayu.


6. Pada zaman penjajahan British Semananjung Tanah Melayu ini digelar Malaya dan kata akar pada perkataan ini adalah Malay. Ini adalah perakuan pihak British bahawa bumi ini Melayu yang punya.


7. Sesiapa sahaja boleh merujuk kepada sejarah tanah air ini bahawa pada zaman pemerintahan British, ada negeri - negeri yang dikenali sebagai Federated Malay States dan Unfederated Malay States. Ini membuktikan hakikat bahawa penjajah sendiri mengakui bumi ini milik orang-orang Melayu.


Semasa menuntut kemerdekaan daripada Her Majesty Queen Elizabeth 11 oleh Bapa Kemerdekaan kita, satu persidangan perlembagaan telah di adakan di London antara 18hb January dan 6 Febuary 1956.

Susulan daripada itu, Suruhanjaya Reid (Lord William Reid) di tubuhkan untuk mengubal perlembagaan yang mana ia akhirnya telah di persetujui oleh Raja-raja Melayu dan Queen Elizabeth 11. Lahirlah Federal Constitution of Malaysia dan akhirnya bertukar kepada Constitution of Malaysia di mana ia mengandungi 181 Articles.

Di persetujui bersama dan sebagai syarat-syarat Kemerdekaan, pendatang-pendatang Cina dan India yang lahir di luar Tanah Melayu pada masa itu telah di beri status kerakyatan bersyarat. Syarat utama nya ialah mereka tidak boleh mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, kemudiannya orang-orang Bumiputra. "Trade-off" atau " something for something " yang bernilai sebagai pertukaran ini di rujuk di dalam Artcle 14-18.

Article 153 pula memperuntukan Yang Di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga hak-hak keistimewaan dan Ketuanan Melayu/Bumiputra. Dalam perlembagaan itu beberapa persetujuan telah dicapai dan dimaktubkan antaranya mengenai hak-hak asasi seperti kerakyatan, kebebasan bersuara, berugama, berpesatuan dan lain-lain. Lain-lain peruntukan pula tidak terdapat dalam perlembagaan negara-negara lain seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kedudukan Islam sebagai ugama rasmi dan Fasal 153 yang menyentuh apa yang dikenali sebagai “Hak Istimewa Orang-Orang Melayu”.

Article 153 mengariskan bagaimana Kerajaan Pusat melindungi kepentingan orang-orang Melayu dengan kuota-kuota seperti :-


• kemasukan ke jawatan awam


• biasiswa pendidikan


• pendidikan awam


8. Cumanya, sebelum memberikan kemerdekaan kepada Malaya pihak British (bagi menjaga kepentingan orang-orang yang dibawa mereka dari India bagi mengerjakan ladang-ladang getah mereka dan orang-orang yang datang dari negara Cina yang mengerjakan lombong bijih timah, yang hasilnya semua dibolot oleh British) mensyaratkan orang-orang Cina dan India diberikan kerakyatan juga.


9. Tapi kita jangan lupa bahawa Malaya merdeka sebagai sebuah Federation atau Persekutuan. Iaitu Persekutuan Negeri-Negeri Melayu.


10. Ini bermaksud jika ada mana-mana negeri mahu berpisah daripada Persekutuan ini ia akan kembali menjadi negeri Melayu, yang diperintah oleh Raja Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu dengan agama rasminya Islam. Kaum-kaum lain di negeri seperti ini akan jadi rakyat di sebuah negeri Melayu dan bernaung di bawah pemerintahan Raja Melayu.11. Ini adalah antara penjelasan mengenai mengapa bangsa Melayu adalah tuan dibumi ini.